Wednesday, December 7, 2011

Azam Tahun 2012.....

As'salam.....
Tak terasa terlalu awal memasang azam untuk tahun 2012 sebab hari ni dah 8hb Disember, lagi beberapa minggu tahun 2011 akan berlalu dan datangnya tahun 2012...

Azam Sue adalah.................................ANAK.................Sue akan berusaha untuk mendapatkannya, tak kisah lah walau pun dah hampir 5 tahun ni banyak jugak yang dah dibelanjakan dan masa yang dihabiskan. Insyallah setiap yang berlaku ada hikmahnya, Allah lebih mengetahui.....

Alhamdullilah setakat ini suami banyak berkorban dan memberikan dorongan yang banyak supaya saya kuat dan dia lah tempat melepaskan kesedihan dikala hati ini terusik bila memikirkan masih belum ada rezeki memperolehi anak. Sebagai seorang perempuan, kita berharap suatu hari nanti kita akan menjadi seorang IBU.....begitu juga Sue....

Isnin lepas 5/12/2011 Sue buat pertama kalinya pergi berjumpa dengan pakar sakit puan yang agak terkemuka di Malaysia, Dr Hamid Arshat di Damansara......sebelum ni Sue merujuk kes Sue ini di KPJ Shah Alam selama hampir setahun. Kemudian beralih ke Hopital Putrajaya selama hampir 1tahun setengah...dan kini cuba beralih ke Klinik Hamid Arshad.....Sue dan suami berharap kali ini membuahkan hasil.....Amin...

Semasa menjalani rawatan pertama di sana, Sue didapati mengalami POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS ). Insyallah dua minggu lagi sue akan berjumpa Dr untuk Scan kembali ovari sue. Semantara itu Sue cuba layari internet, terjumpalah fakta-fakta ni yang Sue simpan sebagai rujukan dan berkongsi dengan yang lain.....

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

No comments:

Post a Comment