Pages

Saturday, December 24, 2011

Port Dickson

Today spending time with my lovely hubby kat PD....walau pun cuaca hujan renyai-renyai n kejap2 lebat...tp sangat best....Ombak hari ni agak kuat di Teluk Kemang, hubby cakap dah macam ombak rindu....rindu sgt kat pantai lah tue. Tue pasal kuat sangat membadai pantai.....Makan tgh yang best, ikan n ayam bakar set...fuh, best gilerrrr.....ditambah pulak makan dengan air tembikai....terliur bila teringatkan nyer...hihihiiii...

Macam biasa kalau pi PD mesti singgah beli baju bundle kat sana....best n berbaloi....kali ni, 4 baju n sehelai seluar....Total RM25...... :) 

On the way balik pulak, terasa nak makan laksa.....so carilah org jual laksa kat gerai2 tepi jalan sepanjang perjalanan balik dari PD...akhirnya jumpa lah satu gerai ni kat Sungai Pelek....laksa yg sgt best sampai licin kuah saya hirup.....

Sampai je ke rumah, mata mengantuk sangat.....tertido samapai pukul 8...dan sekarang pukul 12.35 pagi, tp still mata tak mengantuk.....akibat tido petang td sampai malam...

Friday, December 16, 2011

My weekend...

As'salam....yeay, minggu ni keluar pergi jalan2 pulak...tgh pergi kenduri orang kawin, lepas tue pergi tegok wayang cerita Mission Impossible kat Alamanda....dapat tiket free dari CIMB debit card.....dapatlah merasa tgk cite free....Isnin ni pulak nak pergi Klinik Hamid Arshat untuk follow up treatment...Hope semua nya ok n my ovari kembali ok seperti biasa....takut nak tau result, tp hopefully got a good news...

Sunday, December 11, 2011

Duduk Rumah Jer.....

As'salam...hari ni cuti lagi...suka2....hihihihiiii....tapi just duduk rumah jer melayan si Boboi ( my new kitty ) sambil surf internet n buat my quillig craft.....ada a few order tak siapkan lagi....BO plak dok main PS2 nyer....biarlah dia, tgh gian main coz lama dah tak layan PS2 nyer tue....

Semalam dah kemas rumah sikit, hari ni maybe nak lipat kain yang berlambak tak dilipat di atas katil tue.....tengah mencari kekuatan nak mulakan melipat....bab lipat melipat kain ni liat sungguh.....huhuhuuuuu 
Tadi BO tanye juga, nak keluar pi mana2, tp cam malas je nak kuar. So lepak jer lah kat umah yer........

Wednesday, December 7, 2011

Azam Tahun 2012.....

As'salam.....
Tak terasa terlalu awal memasang azam untuk tahun 2012 sebab hari ni dah 8hb Disember, lagi beberapa minggu tahun 2011 akan berlalu dan datangnya tahun 2012...

Azam Sue adalah.................................ANAK.................Sue akan berusaha untuk mendapatkannya, tak kisah lah walau pun dah hampir 5 tahun ni banyak jugak yang dah dibelanjakan dan masa yang dihabiskan. Insyallah setiap yang berlaku ada hikmahnya, Allah lebih mengetahui.....

Alhamdullilah setakat ini suami banyak berkorban dan memberikan dorongan yang banyak supaya saya kuat dan dia lah tempat melepaskan kesedihan dikala hati ini terusik bila memikirkan masih belum ada rezeki memperolehi anak. Sebagai seorang perempuan, kita berharap suatu hari nanti kita akan menjadi seorang IBU.....begitu juga Sue....

Isnin lepas 5/12/2011 Sue buat pertama kalinya pergi berjumpa dengan pakar sakit puan yang agak terkemuka di Malaysia, Dr Hamid Arshat di Damansara......sebelum ni Sue merujuk kes Sue ini di KPJ Shah Alam selama hampir setahun. Kemudian beralih ke Hopital Putrajaya selama hampir 1tahun setengah...dan kini cuba beralih ke Klinik Hamid Arshad.....Sue dan suami berharap kali ini membuahkan hasil.....Amin...

Semasa menjalani rawatan pertama di sana, Sue didapati mengalami POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS ). Insyallah dua minggu lagi sue akan berjumpa Dr untuk Scan kembali ovari sue. Semantara itu Sue cuba layari internet, terjumpalah fakta-fakta ni yang Sue simpan sebagai rujukan dan berkongsi dengan yang lain.....

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Sunday, March 6, 2011

My 1st Entry...

As'salam....

Hi....hari ni adalah entry pertama di dalam blog ini....Sue bercadang untuk menulis diari harian hidup sue didalam blog ini.....just a simple diari sebab sue sendiri pun tak pandai nak tulis panjang2 ni.....

For the start this is my 1st